Friday, 7 December 2012

Latihan Kata Nama Khas
Bulatkan kata nama khas yang terdapat di bawah.
tikus
Kampung Sentosa
ruang tamu
Februari
Sang Kancil
SJKC Phui Ying
 
KATA NAMA KHAS

1.Kata yang digunakan untuk menyatakan manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus.

2.Huruf awal hendalah ditulis dalam huruf besar

3.Contoh:
Kumpulan
Contoh
orang
Encik Wong, Puan Zaiton, Cikgu Azmi

binatang
Si Putih, Sang Kancil, Sang Buaya

benda
Pilot, Proton Saga, Canon

tempat
Malaysia, Perak, Taman Sejati



Latihan Kata Arah
Bulatkan jawapan yang betul.
1. Jessica duduk di ( atas   bawah ) pokok yang rendang.
2. Pendaki itu sampai di ( sisi    puncak ) Gunung Everest.
3. Murid- murid beratur di ( luar   sisi ) kelas dengan tertib.
4. Rak buku itu diletakkan di ( tepi   tengah ) meja.

Lagu Ikan Kekek Mak IIui

Thursday, 6 December 2012

KATA ARAH

KATA ARAH
*  ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan kedudukan sesuatu benda.
*  didahului dengan kata sendi nama.
*  contohnya:

Kata Arah
Ayat Contoh
tepi
Rak itu terletak di tepi pasu bunga
sekeliling
Banyak pokok bunga di sekeliling tasik itu.
bawah
Kucing itu tidur di bawah sofa.
belakang
Ali duduk di belakang Azman di dalam kelas.


Sunday, 2 December 2012

Latihan Kata Nama Am

Isi  tempat  kosong  dengan  kata  nama  am  yang  betul.

(  bot           dapur        hadiah            baldi           tabung  )

1. Nenek memberi _________ semasa hari jadi saya.
2.Puan Li sedang memasak di  __________.
3. Kami menaiki ___________ untuk menuju ke Pulau Pangkor.
4. Budak itu mengambil air dengan menggunakan __________.
5. Ali menyimpan baki wang saku ke dalam _________.

Video Pengajaran Kata Nama Am