NOTA

KATA ADJEKTIF
·         ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda,keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan.
·         contoh:
1.     Kata adjektif  jenis sifat - sakit, pandai, jelita
2.     Kata adjektif  jenis ukuran - tebal, nipis, tinggi
3.     Kata adjektif  jenis warna - hitam, kuning, merah
4.     Kata adjektif  jenis waktu - lama, lewat, segera
5.     Kata adjektif  jenis bentuk - bulat, leper, segitiga
6.     Kata adjektif  jenis paincaidera - masin, pahit, wangi
7.     Kata adjektif  jenis jarak - hampir, jauh, dekat
8.     Kata adjektif  jenis perasaan - sayang, pilu, marah
9.     Kata adjektif  jenis cara - deras, pantas, kencang


KATA NAMA AM

Ø ialah kata yang digunakan untuk menyatakan orang, binatang, benda dan tempat secara umum.
Ø ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan setiap ayat.
Ø = contohnya seperti yang berikut:

1.orang - bapa, polis, jururawat

2.binatang  - arnab, rama-rama, zirafah

3.benda - buku, kasut, meja

4.tempat - dewan, stadium, sekolah


KATA HUBUNG

1.digunakan untuk menghubungkan kata, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat.
2.contoh: sambil, kerana, tetapi dan supaya.

·   sambil- Datuk duduk di sofa sambil membaca majalah.
                      - (menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama)

·   kerana- Adik minum banyak air kerana berasa dahaga.
                    - ( menunjukkan sebab)

·   tetapi-  Ai Ling cantik tetapi sombong.
                   - (menunjukkan sesuatu yang bertentangan)

·   supaya- Murid- murid menggulang kaji pelajaran supaya lulus dalam ujian.
                     - ( menyatakan tujuan)    

 

KATA ARAH
*  ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan kedudukan sesuatu benda.
*  didahului dengan kata sendi nama.
*  contohnya:

Kata Arah
Ayat Contoh
tepi
Rak itu terletak di tepi pasu bunga
sekeliling
Banyak pokok bunga di sekeliling tasik itu.
bawah
Kucing itu tidur di bawah sofa.
belakang
Ali duduk di belakang Azman di dalam kelas.


KATA NAMA KHAS


v Kata yang digunakan untuk menyatakan manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus.

v Huruf awal hendalah ditulis dalam huruf besar

v Contoh:


Kumpulan
Contoh
orang
Encik Wong, Puan Zaiton, Cikgu Azmi

binatang
Si Putih, Sang Kancil, Sang Buaya

benda
Pilot, Proton Saga, Canon

tempat
Malaysia, Perak, Taman Sejati






7 comments: